Ahad, 19 Disember 2010

Belajar Hingga Berjaya

Apabila  terdengar kata-kata "kau mesti belajar sampai pandai", agak-agak apa yang kita fikirkan??.
Ada juga ibubapa mahukan anaknya mempelajari ilmu agama. Ada juga mahukan anaknya mempelajari bidang-bidang berdasarkan minat anak-anak. Bagaimana pula dengan anda pula?
Jika sekadar pandai berkata2, mencatat atau menulis sudah memadai untuk dikatakan dia sudah pandai. Belum tentu lagi. Tapi, tahap pencapaian kepandaian itu tidak dilihat terperinci. Sebaik-baiknya kita lihat juga pencapaian anak-anak dalam mereka menuntut sebarang ilmu. Ini kerana, baik diluar sahaja tidak memadai jika busuk di dalam. Yang mana menjadi pilih anda? nak yang baik luar sahaja atau dalamnya busuk. Adakah mahukan kedua-duanya baik dari semua segi?
Oleh itu, jika kita mendapat atau diberitahu agar belajar sampai pandai langkah yang perlu dibuat adalah perlengkapkan diri dengan pelbagai benda mengikut situasinya. Sebagai contoh; seseorang itu disuruh mempelajari ilmu agama dan ia perlulah disusuli dengan adab, bahasa, minat, kefasihan dan juga kemahiranya. Ini bagi mengelakan anak2 tadi ketinggalan.  Keperhatinan ibubapa bukan hanya pada menyuruh atau memerhatikan sahaja. Sebaliknya, ibubapa perlulah memainkan peranan yang luas seperti memperlajarinya dan mengamalkan.
Tidak guna jika ibubapa hanya sekadar memainkan peranan luaran sahaja. Tetapi, tidak semua yang kita buat atau lakukan boleh dikatakan owh..sudah pandai. Bergantung juga kepada minat dan kesungguhan. Fikir2kanlah.

Kepada Semua Adik2 Ku =) pesanan daripada abang

‎" MeSRa BiLa BeRsaMa,
RiNdu BiLa BerJauHan,
FaHaM BiLa keLiRu,
NaSiHat BiLa TerLeka,
TeGur BiLa TerSiLap,
DEMi ALLAH!
kasiH saYaNG
itu paStiNYa
MaNiS
SaMpai
Bila-Bila".



Khas buat adik2 ku agar mereka dapat mencipta kejayaan yg cemerlang di dunia dan akhirat. Ukhuwah bersama mereka akan kekal ke akhir hayat ku. Mereka memberi kekuatan dan dorongan untuk terus cemerlang. 
Semoga adik2 ku memperbaiki diri dari sebarang kesilapan atau apa jua perkara2 yg tidak baik. Binalah empayar kejayaan kalian dengan diberkati doa ibu bapa agar dirahmati oleh Allah swt. 
adik2 ku : Nizam, Danial, Iwan, Ali, Aqil, Shahrul dan Fatin. Gudluck yeah.  (^^)

Sabtu, 18 Disember 2010

Pengumuman Keputusan PMR 2010

Seperti yang di jangka bahawa keputusan PMR 2010 akan di keluarkan lebih cepat berbanding tahun lepas. Yang pastinya ramai pelajar2 ku mesti rasa gusar di hati. Adakah lulus cemerlang??? atau sebaliknya?? Apa2 pun jika kita bermula dari awal2 lagi berusaha dengan baik insyallah pintu kejayaan menanti dan sebaliknya pula bagi mereka2 yang lalai dengan duniawi dan pengaruh2 yang tidak berfaedah. Aku pula sudah tentu membuat kesimpulan daripada keputusan yang dikeluarkan kelak. Sebab ia akan menjadi petanda aras kejayaan dalam mendidik anak bangsa. Aku akan membuat satu catatan untuk perbaiki penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Aku doakan semoga semua anak2 didikku mendapat keputusan yang memuaskan.

Bercuti di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang

Pada 12 hingga 14/11/2010- Aku bersama keluarga bercuti ke negeri Sarawak. Aku first time ke sana itu yang membuatkan aku teruja sangat. Sebaik tiba di bumi kenyalang kami disambut kakak kandung ku bersama suaminya. Kami bertolak ke kawasan pedalaman Gedong, Simunjan, daerah Serian. Sebelum sampai rumah kami di bawa ke taman rekreasi air terjun di Ranchan. Sempat la juga rehatkan diri sebab duduk lama sgt dalam penerbangan.

Selama 3 hari di sana terasa seronok sgt sebab berada di kawasan kampung yang jauh di pedalaman.
Masyarakat kawasan Gedong kebanyakan dari golongan iban. Ramai masyarakat Gedong aku jumpa. Cuma satu aje sukar nak kenal pasti yang mana Islam dan bukan Islam.

Banyak tempat juga kami pergi antaranya; pasar pagi daerah Serian (Wah..macam pasar Siti Khadijah di Kelantan), pasar raya besar Serian dan jalan2 di Kota Serian. Sempat la juga aku beli belah mcm2 ada..haha.


* Gambar atas dirakam sebelum bertolak balik ke KL jam 6.15 pagi dan tiba di KL jam 8.00 pagi.
Turut kelihatan; mak, ain, zul. kakak dan abg ipar.

Hendak sampai di lapangan terbang Kuching ni amat jauh seperti Selangor ke Melaka. =)

Jumaat, 17 Disember 2010

Pelajar Antarabangsa dari Yunan, China


Gambar ini di rakam semasa kami berada di suatu majlis anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.
Dari kanan : Osman , Khairul, Salleh (Ma), Syahmi.

Pelajar dari Yunan, China beriya-iya ajak aku bergambar bersama mereka. Peluang yang x boleh dilepaskan kerana mereka ini la satu2nya pelajar luar negara yang berasal dari China. Mereka tinggal di perkampungan Islam yang berada di China. Dua orang pelajar ini merupakan pelajar Maahad Tahfiz. Bahasa yang mereka guna untuk komunikasi ialah b. arab, cina, dan melayu. Di sekolah mereka tekun mendalami ilmu agama. Kesukaran berkomunikasi bukan satu penghalang jika kita hendak berjaya. Yang paling penting ialah usaha dan sikap hormat menghormati antara kita. Kadang2 aku kagum tengok mereka apa tidaknya jauh dari keluarga kadang2 tak dapat balik Hari Raya. Aku tabik la dengan mereka ni. Aku doakan semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.

Kenangan Keluarga Ku

Dari kiri : Pak cik Leman, Isteri Pak Cik Leman, Mak Long, Mak cik Anong, Mak, Abah,
Bawah kiri : Kak Iju dan dua lagi kak sepupu yg aku x ingat nama.maaf ya.

Ini la dia sebahagian keluarga besar sebelah mak aku. Lama juga la kami semua x berjumpa. Sekali sekala datang umah pelbagai berita disampaikan dan nak diceritakan. Gelak ketawa bersama sepupu apabila teringat kisah2 lama. Seronok juga la layan semua sepupu aku nie. Mereka semua senior dari aku. Keakraban kami dah x boleh dipisahkan walaupun jarang berjumpa.
Kehadiran mereka ke rumah aku tengahari td sempat aku rakamkan. Untuk dijadikan kenangan kami sekeluarga. Baru aku tahu rupanya kehadiran pak cik ke rumah td sebab nak satukan anaknya dgn anak2 saudara mara terdekat...aku la jadi sasarannya. hahaha...entah le...insyallah ya  =)

Pak Cik Saya dari Sabah

Alhamdulillah, cuaca pagi sabtu ni cerah dan baik belaka. Tenang suasana pagi tiada gangguan. Ha, hari ini pak cik aku dari Sabah nak datang ke rumah bersama familinya. Setahu aku, ini kali pertama aku dapat berjumpa dengan mereka semua. Masa aku kecik2 dulu mereka sekeluarga tiada di kampung sebab dah berpindah ke Sabah. Jadi, aku ni dengar cerita daripada mak dan ayah je tentang mereka. Pak cik Leman adalah abang kepada mak aku. Sebab adik mak dah lama meninggal. Pak Leman ni je la yang tinggal sebagai warisan keluarga sebelah mak aku. Yang lain semua ada di kampung. Nanti bila ada gambar mereka dah ada aku masukan dalam laman blog ni untuk tatapan semua. Macam mana la mereka 2 ya. X sabar nak tengok.hehehe..  =)

Menanti Keputusan Exam Semester 1 2010

Bedebar2 menanti keputusan exam semester lalu yg dijangka keluar hari isnin 20/12/2010. Bukan aku tapi adik aku yang kini sedang menanti keputusan examnya di kolej.hahaha..

Tapi malangnya kad matrik tertinggal kat umah plak. So, abg Zul la kena hantar ke Melaka. Kalau x nanti keputusan exam x dapat diambil. Padan muka ko dik sebab x semak semua barang ko bawa balik.hahaha. Tapi, apa2 pun aku doakan semoga adik aku nie dapat keputusan yg cemerlang untuk semester pertama nie. Amin2x..   (^^)

Kumpulan Nasyid Junior 2010


Salah satu kumpulan nasyid yang mendapat sentuhan saya. Mereka ni sedang menyanyi tapi sempat bergambar sebentar. Masing2 nak tunjuk sapa lebih hensem...dah tentu la saya (tengah)..haha..mcm2 gelagat bdk2 ni. Saya dapat la juga membantu mereka ni dari segi audio, pemilihan lagu, vokal dan lain2 lagi. Jadi ini la gambar kenangan terakhir bersama mereka sebelum perform atas pentas. Dua buah lagu yang mereka nyanyikan. Suara masing2 hebat dan sedap la bila di dengar. Tahniah buat mereka kerana menyampaikan dakwah walaupun untuk seketika waktu sahaja. Pada malam persembahan, alhamdulillah mereka dapat sampaikan lagu nasyid dengan baik tanpa gangguan. 

Kem terakhir ku,,huhu tahun 2010




















Pelajar2 kem bergambar seketika bersama sijil masing2 selepas majlis penutup.
Saya di kedudukan dua dari kanan. Kenangan terakhir bersama selepas 2 minggu berhempas pulas mengurus dan mendidik mereka. Dua hari sebelum majlis penutup saya demam tp masih ada tenaga untuk bergerak sana sini. Seminggu selepas tu baru la baik. Semoga berjaya ku ucapkan kepada semua pelajar2 kem. Jika ada masa jumpa lagi. Tapi, tu la kem yg trakhir aku libatkan diri..ish2..  =)

Assalammualaikum,,.. Salam perkenalan saya untuk semua =)

Tanggal 18/12/2010 ini saya telah membina sebuah laman khusus (Blog) di mana saya mencatatkan setiap perkara2 atau perkongsian ikhlas untuk tatapan umum. Lahirnya laman ini ia akan menjadi wadah untuk berkongsi ilmu, cerita, atau perkara2 lain. Laman ini juga boleh dikatakan tempat untuk saya meluahkan isi hati..ceh2..ok2..apa yg saya nak kongsikan kepada anda semua..hehe..

terima kasih kepada semua yg melawat ya...  (^^)