Jumaat, 17 Disember 2010

Pelajar Antarabangsa dari Yunan, China


Gambar ini di rakam semasa kami berada di suatu majlis anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.
Dari kanan : Osman , Khairul, Salleh (Ma), Syahmi.

Pelajar dari Yunan, China beriya-iya ajak aku bergambar bersama mereka. Peluang yang x boleh dilepaskan kerana mereka ini la satu2nya pelajar luar negara yang berasal dari China. Mereka tinggal di perkampungan Islam yang berada di China. Dua orang pelajar ini merupakan pelajar Maahad Tahfiz. Bahasa yang mereka guna untuk komunikasi ialah b. arab, cina, dan melayu. Di sekolah mereka tekun mendalami ilmu agama. Kesukaran berkomunikasi bukan satu penghalang jika kita hendak berjaya. Yang paling penting ialah usaha dan sikap hormat menghormati antara kita. Kadang2 aku kagum tengok mereka apa tidaknya jauh dari keluarga kadang2 tak dapat balik Hari Raya. Aku tabik la dengan mereka ni. Aku doakan semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan