Sabtu, 18 Disember 2010

Bercuti di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang

Pada 12 hingga 14/11/2010- Aku bersama keluarga bercuti ke negeri Sarawak. Aku first time ke sana itu yang membuatkan aku teruja sangat. Sebaik tiba di bumi kenyalang kami disambut kakak kandung ku bersama suaminya. Kami bertolak ke kawasan pedalaman Gedong, Simunjan, daerah Serian. Sebelum sampai rumah kami di bawa ke taman rekreasi air terjun di Ranchan. Sempat la juga rehatkan diri sebab duduk lama sgt dalam penerbangan.

Selama 3 hari di sana terasa seronok sgt sebab berada di kawasan kampung yang jauh di pedalaman.
Masyarakat kawasan Gedong kebanyakan dari golongan iban. Ramai masyarakat Gedong aku jumpa. Cuma satu aje sukar nak kenal pasti yang mana Islam dan bukan Islam.

Banyak tempat juga kami pergi antaranya; pasar pagi daerah Serian (Wah..macam pasar Siti Khadijah di Kelantan), pasar raya besar Serian dan jalan2 di Kota Serian. Sempat la juga aku beli belah mcm2 ada..haha.


* Gambar atas dirakam sebelum bertolak balik ke KL jam 6.15 pagi dan tiba di KL jam 8.00 pagi.
Turut kelihatan; mak, ain, zul. kakak dan abg ipar.

Hendak sampai di lapangan terbang Kuching ni amat jauh seperti Selangor ke Melaka. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan