Apabila terdengar kata-kata "kau mesti belajar sampai pandai", agak-agak apa yang kita fikirkan??.
Ada juga ibubapa mahukan anaknya mempelajari ilmu agama. Ada juga mahukan anaknya mempelajari bidang-bidang berdasarkan minat anak-anak. Bagaimana pula dengan anda pula?
Jika sekadar pandai berkata2, mencatat atau menulis sudah memadai untuk dikatakan dia sudah pandai. Belum tentu lagi. Tapi, tahap pencapaian kepandaian itu tidak dilihat terperinci. Sebaik-baiknya kita lihat juga pencapaian anak-anak dalam mereka menuntut sebarang ilmu. Ini kerana, baik diluar sahaja tidak memadai jika busuk di dalam. Yang mana menjadi pilih anda? nak yang baik luar sahaja atau dalamnya busuk. Adakah mahukan kedua-duanya baik dari semua segi?
Oleh itu, jika kita mendapat atau diberitahu agar belajar sampai pandai langkah yang perlu dibuat adalah perlengkapkan diri dengan pelbagai benda mengikut situasinya. Sebagai contoh; seseorang itu disuruh mempelajari ilmu agama dan ia perlulah disusuli dengan adab, bahasa, minat, kefasihan dan juga kemahiranya. Ini bagi mengelakan anak2 tadi ketinggalan. Keperhatinan ibubapa bukan hanya pada menyuruh atau memerhatikan sahaja. Sebaliknya, ibubapa perlulah memainkan peranan yang luas seperti memperlajarinya dan mengamalkan.
Tidak guna jika ibubapa hanya sekadar memainkan peranan luaran sahaja. Tetapi, tidak semua yang kita buat atau lakukan boleh dikatakan owh..sudah pandai. Bergantung juga kepada minat dan kesungguhan. Fikir2kanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan