Jumaat, 17 Disember 2010

Pak Cik Saya dari Sabah

Alhamdulillah, cuaca pagi sabtu ni cerah dan baik belaka. Tenang suasana pagi tiada gangguan. Ha, hari ini pak cik aku dari Sabah nak datang ke rumah bersama familinya. Setahu aku, ini kali pertama aku dapat berjumpa dengan mereka semua. Masa aku kecik2 dulu mereka sekeluarga tiada di kampung sebab dah berpindah ke Sabah. Jadi, aku ni dengar cerita daripada mak dan ayah je tentang mereka. Pak cik Leman adalah abang kepada mak aku. Sebab adik mak dah lama meninggal. Pak Leman ni je la yang tinggal sebagai warisan keluarga sebelah mak aku. Yang lain semua ada di kampung. Nanti bila ada gambar mereka dah ada aku masukan dalam laman blog ni untuk tatapan semua. Macam mana la mereka 2 ya. X sabar nak tengok.hehehe..  =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan