Sabtu, 22 Januari 2011
Ahad, 19 Disember 2010
Belajar Hingga Berjaya
Apabila terdengar kata-kata "kau mesti belajar sampai pandai", agak-agak apa yang kita fikirkan??.
Ada juga ibubapa mahukan anaknya mempelajari ilmu agama. Ada juga mahukan anaknya mempelajari bidang-bidang berdasarkan minat anak-anak. Bagaimana pula dengan anda pula?
Jika sekadar pandai berkata2, mencatat atau menulis sudah memadai untuk dikatakan dia sudah pandai. Belum tentu lagi. Tapi, tahap pencapaian kepandaian itu tidak dilihat terperinci. Sebaik-baiknya kita lihat juga pencapaian anak-anak dalam mereka menuntut sebarang ilmu. Ini kerana, baik diluar sahaja tidak memadai jika busuk di dalam. Yang mana menjadi pilih anda? nak yang baik luar sahaja atau dalamnya busuk. Adakah mahukan kedua-duanya baik dari semua segi?
Oleh itu, jika kita mendapat atau diberitahu agar belajar sampai pandai langkah yang perlu dibuat adalah perlengkapkan diri dengan pelbagai benda mengikut situasinya. Sebagai contoh; seseorang itu disuruh mempelajari ilmu agama dan ia perlulah disusuli dengan adab, bahasa, minat, kefasihan dan juga kemahiranya. Ini bagi mengelakan anak2 tadi ketinggalan. Keperhatinan ibubapa bukan hanya pada menyuruh atau memerhatikan sahaja. Sebaliknya, ibubapa perlulah memainkan peranan yang luas seperti memperlajarinya dan mengamalkan.
Tidak guna jika ibubapa hanya sekadar memainkan peranan luaran sahaja. Tetapi, tidak semua yang kita buat atau lakukan boleh dikatakan owh..sudah pandai. Bergantung juga kepada minat dan kesungguhan. Fikir2kanlah.
Kepada Semua Adik2 Ku =) pesanan daripada abang
" MeSRa BiLa BeRsaMa,
RiNdu BiLa BerJauHan,
FaHaM BiLa keLiRu,
NaSiHat BiLa TerLeka,
TeGur BiLa TerSiLap,
DEMi ALLAH!
kasiH saYaNG
itu paStiNYa
MaNiS
SaMpai
Bila-Bila".
Khas buat adik2 ku agar mereka dapat mencipta kejayaan yg cemerlang di dunia dan akhirat. Ukhuwah bersama mereka akan kekal ke akhir hayat ku. Mereka memberi kekuatan dan dorongan untuk terus cemerlang.
Semoga adik2 ku memperbaiki diri dari sebarang kesilapan atau apa jua perkara2 yg tidak baik. Binalah empayar kejayaan kalian dengan diberkati doa ibu bapa agar dirahmati oleh Allah swt.
adik2 ku : Nizam, Danial, Iwan, Ali, Aqil, Shahrul dan Fatin. Gudluck yeah. (^^)

Sabtu, 18 Disember 2010
Pengumuman Keputusan PMR 2010
Seperti yang di jangka bahawa keputusan PMR 2010 akan di keluarkan lebih cepat berbanding tahun lepas. Yang pastinya ramai pelajar2 ku mesti rasa gusar di hati. Adakah lulus cemerlang??? atau sebaliknya?? Apa2 pun jika kita bermula dari awal2 lagi berusaha dengan baik insyallah pintu kejayaan menanti dan sebaliknya pula bagi mereka2 yang lalai dengan duniawi dan pengaruh2 yang tidak berfaedah. Aku pula sudah tentu membuat kesimpulan daripada keputusan yang dikeluarkan kelak. Sebab ia akan menjadi petanda aras kejayaan dalam mendidik anak bangsa. Aku akan membuat satu catatan untuk perbaiki penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Aku doakan semoga semua anak2 didikku mendapat keputusan yang memuaskan.
Bercuti di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang
Pada 12 hingga 14/11/2010- Aku bersama keluarga bercuti ke negeri Sarawak. Aku first time ke sana itu yang membuatkan aku teruja sangat. Sebaik tiba di bumi kenyalang kami disambut kakak kandung ku bersama suaminya. Kami bertolak ke kawasan pedalaman Gedong, Simunjan, daerah Serian. Sebelum sampai rumah kami di bawa ke taman rekreasi air terjun di Ranchan. Sempat la juga rehatkan diri sebab duduk lama sgt dalam penerbangan.
Selama 3 hari di sana terasa seronok sgt sebab berada di kawasan kampung yang jauh di pedalaman.
Masyarakat kawasan Gedong kebanyakan dari golongan iban. Ramai masyarakat Gedong aku jumpa. Cuma satu aje sukar nak kenal pasti yang mana Islam dan bukan Islam.
Banyak tempat juga kami pergi antaranya; pasar pagi daerah Serian (Wah..macam pasar Siti Khadijah di Kelantan), pasar raya besar Serian dan jalan2 di Kota Serian. Sempat la juga aku beli belah mcm2 ada..haha.
* Gambar atas dirakam sebelum bertolak balik ke KL jam 6.15 pagi dan tiba di KL jam 8.00 pagi.
Turut kelihatan; mak, ain, zul. kakak dan abg ipar.
Hendak sampai di lapangan terbang Kuching ni amat jauh seperti Selangor ke Melaka. =)

Jumaat, 17 Disember 2010
Pelajar Antarabangsa dari Yunan, China
Gambar ini di rakam semasa kami berada di suatu majlis anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.
Dari kanan : Osman , Khairul, Salleh (Ma), Syahmi.
Pelajar dari Yunan, China beriya-iya ajak aku bergambar bersama mereka. Peluang yang x boleh dilepaskan kerana mereka ini la satu2nya pelajar luar negara yang berasal dari China. Mereka tinggal di perkampungan Islam yang berada di China. Dua orang pelajar ini merupakan pelajar Maahad Tahfiz. Bahasa yang mereka guna untuk komunikasi ialah b. arab, cina, dan melayu. Di sekolah mereka tekun mendalami ilmu agama. Kesukaran berkomunikasi bukan satu penghalang jika kita hendak berjaya. Yang paling penting ialah usaha dan sikap hormat menghormati antara kita. Kadang2 aku kagum tengok mereka apa tidaknya jauh dari keluarga kadang2 tak dapat balik Hari Raya. Aku tabik la dengan mereka ni. Aku doakan semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.
Langgan:
Catatan (Atom)