Pihak sekolah berbesar hati menjemput Y. A. Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia sebagai tetamu kehormat. Majlis diadakan bagi mengumpul Dana Tabung Pendidikan sekolah untuk pembinaan kampus baru di Jenderam Hulu, Sepang. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Hasan Ali ; Exco Infrastuktur, Agama dan Adat Melayu Negeri Selangor. Majlis makan malam amal turut dihadiri Tun Dr. Siti Hasmah, Tan Sri Hashim Meon dan isteri, Y. M. As Salomi (Mufti Masjidilharam), YB Datuk Hamzah Zainudin (Timb. Menteri MITI), dif-dif dan tetamu jemputan. Terima kasih kepada semua dermawan yang hadir, ibu bapa, pelajar, dan semua yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan