Rabu, 2 Februari 2011

MAHA 2010


Cuti yang lalu aku berkesempatan ke MAHA yang diadakan di Mardi, Serdang. Aku di temani anak saudara ku ; Zulkarnain. Sebenarnya aku pertama kali menjejakkan kaki ke MAHA. Aku teringin hendak melihat dengan mata sendiri pencapaian Malaysia dalam bidang pertanian. Alhamdulillah, ketika aku di sana Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia sedang merasmikan majlis.




Kesempatan itu, aku dapat bertemu dan berbual sebentar dengan Dato' Seri Najib. Lebih kurang dua jam setengah aku berlegar-legar di MAHA, Serdang. Melihat pelbagai jualan hasil tanaman.  Pada pandangan aku, kemodenan Malaysia sebagai sebuah negara membangun tidak ketinggalan dalam kemodenan teknologi pertanian masa kini. Tahniah! buat negara ku Malaysia. Apa tidaknya, wakil-wakil negara asing memuji usaha Malaysia mengadakan MAHA merupakan langkah yang baik untuk negara dan rakyat khususnya. Semoga Malaysia berada di tahap yang cemerlang menjelang Wawasan 2020.  =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan