Rabu, 2 Februari 2011

Luahan Rindu Ku

Terkenang masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan


Dengarkanlah lagu ini
Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur


Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita


Kenanganku..
Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu


Indahnya..
Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka


Teringat daku kembali 
Saat kasih bersemi
Kita mengukir janji


Di waktu persekolahan 
Yang penuh impian
Kita memburu harapan


Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita


Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku 
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya


Segala keindahan jadi kenangan
Yang buruk jadikan sempadan 
Biar diduga derita 
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya


Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku 
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya


nukilan khas buat : adik-adik ku.. nizam, fahmi, aqil, fatin, ali, danial, ridzuan, kamarul dan hisham. Smg kalian berjaya mencipta empayar kejayaan di dunia dan akhirat...amin...   =)

Selasa, 1 Februari 2011

Kau terhebat Nabi Muhammad SAW =)

Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata

Segenap ruang di angkasa
Kau bintang menyinar
Dalam berjuta yang terlihat
Dikau terhebat

Lembut wajahmu penuh damai
Keikhlasanmu yang terpancar
Tampak gayamu sederhana
Peribadi mempesona

Walau ombak bergelora mencabar
Tidak karam layarmu dilautan
Walau perit dugaan dan ujian
Keazaman dan semangat berkobar

Aku rasa malu padamu
Terus aku menyanjungimu

Dalam dirimu hanya satu
Dia segalanya
Tautan rindu ku padamu
Dikau terhebat
Dikau terhebat
Dikau terhebat

Kenangan bersama pelajar ku


ha..ha..ini la gelagat aku masa menjaga pelajar2 nie mandi sungai..alang2 jaga kena mandi sekali la. Suka tgk budak2 nie mandi sakan macam orang tak pernah jumpa air. Apa tidaknya jadual kem yang padat membataskan mereka. Aku pun sempat la merakamkan gambar ini untuk kenangan bersama mereka. Di sekolah jarang nak bersuka ria sebab fokus pada tugas yang satu. Bila bergambar ramai la yang datang dengan posing yang berbeza. Lain kali boleh sama2 mandi sungai.  Alhamdulillah, tidak ada yang tercedera ketika mandi sungai.

Rakan sekerja =)

" bersama mendidik anak bangsa agar mereka dapat membina kejayaan berlandaskan Al-Quran dan Sunah"











Ha..kalau nak tahu mereka2 nie la org2 kuat setiap program sekolah berlangsung. Pelbagai kenangan bersama mereka walau pun baru 3 tahun bersama rasa macam dah lama sgt.. Kadang2 tu ada juga ilmu2 yang berguna mereka berikan kepada ku.. Syukran jazilan khatira.. Smg kita semua berjaya mendidik anak bangsa demi agama Islam. 

Renungkan bersama =)

Semoga apa yang dikisahkan menjadi pendoman buat semua insan yang ingin membina hidup ke jalan yang benar. Insyallah Allah swt bisa memberikan hidayahNYA buat umat Islam yang benar2 ingin bertaubat.

Kem Ibadah Tahun 2011

Alhamdulillah kem ini telah dijayakan dengan baik di Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Anjuran Sekolah dan alumni. Hampir 400 pelajar terlibat dengan kem 3 hari 2 malam ini. Pelbagai aktiviti yang disusun padat untuk memantapkan diri pelajar. Semua guru terlibat sama kem yang dianjurkan kali ini. Turut di hadiri Pengurus besar Barisan Teknik dan pengetua. Kem berjalan dengan baik walau pun suasana hujan menghantui pelajar dan fasilitator. Terima kasih diucapkan kepada semua insan yang terlibat sama dalam menjayakan kem ini. Begitu juga kepada Y. Bhg Tan Sri Hashim Bin Meon, Pengerusi sekolah yang hadir bersama isteri untuk perasmian penutup.


* Y. Bhg Tan Sri Hashim Meon sedang berucap untuk perasmian penutup












* pelajar khusyuk mendengar arahan fasilitator ketika riadah pagi











* pelajar bersama fasilitator dalam LDK











* Tan Sri Hashim Meon berucap di hadapan pelajar sewaktu hadir majlis penutup

Hishammudin Mat Zin & Muhd Wafri


Mereka kadang2 tu bergaduh juga. Jika tidak di tegur dan di beritahu memang hingga kini tak bertegur sapa. Sememangnya nasib mereka serupa namun ia bukan jalan untuk tidak terus belajar. Aku sebagai guru cuba menekankan mengenai segala perkara yang berlaku di sekeliling jadikannya sebagai batu loncatan. Tanamkan semangat untuk mencipta kejayaan sendiri. Jadikan semua itu satu pengajaran dan jangan ikutinya pula. Tahniah kepada mereka berdua. Kini, hisham dan wafri rapat dengan saya..mereka kadang2 tu menceriakan diriku untuk terus maju ke hadapan... Insyallah kalian akan berjaya kelak.

dari kiri : * gambar ini dirakam ketika hisham (kiri) dan wafri (kanan) menyertai Kem Ibadah anjuran Sekolah Kiblah dan Alumni. Dua sahabat yang comel.  =)