Alhamdulillah kem ini telah dijayakan dengan baik di Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Anjuran Sekolah dan alumni. Hampir 400 pelajar terlibat dengan kem 3 hari 2 malam ini. Pelbagai aktiviti yang disusun padat untuk memantapkan diri pelajar. Semua guru terlibat sama kem yang dianjurkan kali ini. Turut di hadiri Pengurus besar Barisan Teknik dan pengetua. Kem berjalan dengan baik walau pun suasana hujan menghantui pelajar dan fasilitator. Terima kasih diucapkan kepada semua insan yang terlibat sama dalam menjayakan kem ini. Begitu juga kepada Y. Bhg Tan Sri Hashim Bin Meon, Pengerusi sekolah yang hadir bersama isteri untuk perasmian penutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan