Jumaat, 12 Ogos 2011

Apa khabar semua..Salam Ramadhan Kareem...

Sudah lama rasanya saya tidak up date blog. Last pada bulan April lalu. Erm..kesibukan menyebabkan saya tiada masa untuk semua ini. Terkini saya tidak lagi berkhidmat di Sekolah Kiblah (26/7/2011), insyallah saya mencuba bidang kerjaya yang lain. Dalam masa yang sama saya menyambung pengajian di universiti tempatan. Harap2 kawan/pelawat blog ini teruskan kerjaya anda dan semoga berjaya =)

Jumaat, 22 April 2011

Bersama

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya


khas utk :pelajar2 dan semua adik2 ku (^^)

Selasa, 15 Mac 2011

Bercuti di Genting bersama keluagra

Seronok sangat sebab dapat bercuti dengan keluarga sendiri. Seawal pagi lagi kami bertolak untuk ke Genting. Disebabkan awal pagi bertolak aku tertidur dalam perjalanan. Bangun pun ketika sudah sampai di puncak. Sejuk sangat tapi aku buat tak kisah je. Masuk ke kawasan in door games terus sarapan dan layan semua permainan yang ada. Petang barulah kami semua jalan2 kawasan out door pula. Lihat la aksi2 kami ketika di sana.

 *dalam pic : faiz, kak long, dan mak (teman wanita ku)  =]

* dalam pic : faiz dan khairul

Rabu, 2 Februari 2011

Kenangan ketika sekolah...


Inilah gambar kenangan aku ketika sekolah dulu. Masa tu aku tingkatan 6 atas. Kelas aku paling ramai muridnya. Ketika itu, aku dilantik oleh pihak sekolah sebagai Penolong Ketua Pengawas Sekolah. Akulah senior yang paling lama ketika itu. Jadi, ramailah kenalan yang mengenali tingkah aku masa dulu. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama ketika aku menjawat jawatan pengawas sekolah. Kenangan ketika di tingkatan 6 memang sukar untuk kulupakan. Ketika inilah aku mengenali dunia ini.... 

Keluarga Tuan Haji Jamal dan Hajah Sabariyah



Kenangan berkumpul sesama adik beradik yang lain dirakam. Gambar kenangan ini dirakam pada Hari Raya Aidilfitri 2010. Sungguh pun ada yang tidak dapat balik raya sama kami semua gembira menyambut syawal bulan kejayaan Islam. Seawal pagi keluarga ke masjid menunaikan solat aidilfitri. Singgah kubur atuk dan saudara mara. Cuma tak dapat beraya bersama nenek. Beliau telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Semoga ditempatkan dengan orang-orang beriman. Al-fatihah...









    * Tuan Haji Jamal dan
       Hajah Sabariyah
       (mak & abah ) kesayangan..  =)

Kenangan raya di kampung

Walau pun kampung aku dekat tetapi hendak balik tu bukannya boleh selalu. Kesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lalu aku ke kampung yang meninggalkan seribu kenangan manis.



Ketika berkunjung rumah saudara di kampung sempat la juga aku merakamkan detik-detik manis untuk tatapan sendiri. Keluarga mak long, pak long dan saudara sebelah mak masih rapat seperti dulu. Cuma aku ni je yang kurang mesra. Insyallah jika ada kesempatan lagi aku akan ke kampung untuk bertanya khabar.